Saturday, December 27, 2008

BALIK KAMPUNG......................

Jumaat 26 Dis 2008,pulang ke kampung di pasir puteh,kelantan....dan datang semula ke penen pada sabtu 27 Dis 2008.hanya 1 hari,semata mata untuk menguruskan borang PTPTN.

perjalanan dr penen ke kelantan tidak banyak yang menarik,hanya sekejap sahaja,menaiki pesawat Firefly.

pun,sewaktu kembali ke penen,banyak pengalaman dikutip sepanjang 5-6 perjalanan menaiki bas.dalam perjalanan,saya berkongsi tempat duduk dengan seorang lelaki cina awal 50-an.Mr. Ong namanya.Orangnya nampak muda dan masih kacak (terutamanya ketika senyum...).Peramah orangnya.Kami berbual tentang kehidupan dan dia banyak bercerita tentang kehidupan dan masa "silam"nya.Dipendekkan cerita,dia berkongsi cerita bagaimana dia pernah jatuh semasa kemelesetan ekonomi pada 1990an.Duit jutaan ringgit,kereta dan macam2 lagi hilang sekelip mata.Tanpa simpanan,dia cuba bangun semula.Katanya,memang susah,tetapi hidup terpaksa diteruskan.Pun,yang amat menarik minat saya adalah kata2nya

"sepanjang hidup kita,jangan hanya fikir hari ini sahaja,fikirlah esok,esok dan esok..."

Pengalaman 5 jam perjalanan ini telah menyakinkan hati dan fikiran saya,bahawa
apa yang kita ada sekarang adalah milikNya dan Dia berhak untuk mengambilnya pada bila2 masa.


untuk Mr.Ong,jika anda membaca tulisan ini,saya berharap anda akan mencapai yang diharapkan.

No comments:

Post a Comment